Hanya Kerana Nama

'Tujuan daku menulis cerita ini adalah kerana ingin bereksesais dalam berkata-kata agar ayat yang keluar disini semuanya sihat-sihat belaka dan menepati standard A1 SPM kertas Bahasa Melayu" dipetik dari peti komen entry HKN 1 - Sameon.

Terimalah nukilan sulung ku yang tak seberapa... hik hik hik.

(1) (2) (3) (4) (5)

I Want To Be A Mom

Catatan pengalaman untuk menjadi seorang mak, ibu, ummi, mama, mommi.. walau apapun nama panggilan, gelaran ini amat istimewa. Mudah-mudahan aku pun punya peluang untuk dipanggil dengan gelaran ini.


Wednesday, October 1, 2008

Diari Syawal: Satu Hari di Hari Raya

Para tetamu.

Adik aku & sepupu-sepupu bertukar-tukar cerita. Che Mamat jiran kami turut sama mendengar.

Makcik, sepupu dan anak-anak saudaraku.

Menu wajib setiap tahun; ketupat mini, rendang daging, kuah lodeh & sambal kacang. nyum nyum..

Kuih kegemaranku, kuih tart.

Pelita yang menghiasi malam

Alhamdulillah, kini umat Islam sekaliannya sedang bergembira meraikan hari kemenangan setelah melalui ujian pada Ramadan yang lalu. Sambutan hari raya tahunni sama sahaja seperti tahun-tahun yang lepas cuma makin kecil bilangan yang tinggal di rumah aku apabila adik-beradik yang sudah berkeluarga beraya di rumah mentua. Tapi itu tak menjejaskan kecerian kami, kerana makin sedikit, makin berkuranglah kaki tangan, maka... semakin sebuklah kami membuat persediaan & tak terlayan pada tetamu yang datang.


Acara mengemas yang bermula sejak aku balik berlarutan sehingga ke pagi Syawal. Acara masak-memasak pula bermula pada hari Ahad. Tahun ni mak aku seperti keletihan, jadi kami yang takeover acara didapur. Mak aku memberi sepenuh kepercayaan pada aku untuk memasak rendang. Haha.. aku pun macam tak percaya.. 5kg daging tu. Dengan dibantu oleh teruna-teruna harapan.. maka, sukses jua akhirnya.




Hari raya pertama aku duduk di rumah sahaja menanti ketibaan tetamu. Rumah aku bolehlah dikatakan sebagai 'pit stop' saudara-mara aku yang dalam perjalanan ke Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sg. Besar & Sabak Bernam. Kalau arwah nenek aku masih ada, acara ziarah sudahpun bermula pada malam raya kerana taraf 'seniority' arwah nenek yang memang 1st ranking. Rindu pada yang tiada... semoga roh arwah nenek, abah & atuk dicucuriNya.




Acara mengumpul duit raya sudah lama kutinggalkan. Kalau tidak, raya pertama aku dah start ronda-ronda kampung dengan kawan-kawan sekolah. Sekarang kawan aku ramai yang dah kahwin, kalau tak.. suka juga aku melepak kat rumah diaorang. Borak-borak.. update cerita untuk setahun. Nak jumpa muka aku je senang, masuk kampung ni.. nampaklah. Ops, tidak lagi.. sejak aku berhijrah ke Pasir Gudang.. susah juga nak nampak muka aku bersepah-sepah.




Cukuplahni.. esok aku akan beraya ke Tanjung Karang. Wow! cantik tau tempat ni. Bukanlah ada tempat yang commercial sangat walaupun ada Bukit Melawati yang bersejarah, hutan paya bakau yang ada banyak spesis burung, habitat kunang-kunang, muara sungai, Selat Melaka, sawah padi & macam-macam lagi.. tapi aku suka lihat disepanjang perjalanan.. rumah-rumah kampung yang besar dan bersih lamannya di penuhi kenderaan anak-anak yang pulang dengan memakai baju melayu lengkap bersamping dan berbaju kurung. Memang cantik!


3 comments:

Mogen Ali Rico said...

huwaaa..seronoknyerr...upload gambar bayak2 lagi!!!!!!!!!!

~ujicham~ said...

hehe.. bz giler... esok masuk opis aku upload gamba balik kg lak.

sparkystar said...

amboi2..best nye hali laye! xbseri lau tkde uit laye kn.ahaks.

Cinta Aku

Daisypath Anniversary Years Ticker