1, 2, 3.. masuk 4 hari aku tak update blog. Sebabnya.. aku sibuk membaca novel. Bermula dengan buku Hijab Sang Pencinta oleh Ramlee Awang Mursyid. Sesiapa yang dah mengikuti dari siri pertama iaitu Bagaikan Puteri, kemudian Cinta Sang Ratu, tentu nak tahu kesudahan cerita Laksamana Sunan yang baik beriman dan berakhlak mulia itu. Selain idea cerita yang bagus, Ramlee juga pandai bermain dengan emosi pembaca. Oh Alamak.. Hijab Sang Pencinta dan novel-novel terdahulu bukan bertemakan cinta tau, tapi lebih kepada agenda Laksamana Sunan yang bertanggungjawab menghapuskan kejahatan. Jangan salah anggap bila aku mengulas kisah cinta Haryani yang tak kesampaian itu dengan menyamakan cerita ini dengan cerita-cerita cinta lain. Aku juga sukakan watak Ratna walaupun pada mulanya aku tak gemar disebabkan dia telah memudarkan perasaan Laksamana Sunan pada Haryani.
Novel kedua Transgenesis: Bisikan Rimba.. ceritani klimaksnya di hujung. Huhu.. Sebelumni aku sudah membaca komen-komen di blog Amir Husaini, lalu membantu aku mengagak apa yang akan terjadi. Ya.. aku bersetuju dengan kebanyakkan komen disitu.. tetapi mungkin ada yang perlu disemak semula. Kesilapan kecil, mungkin tak perasan. Antaranya.. semasa kejadian si tauke balak Hwang handak dibunuh pada muka surat 12, 'Malam itu cuma Hwang dan Razilan sahaja yang berada di tapak pembinaan'.. sepatutnya tapak pembalakan. Ya tak? Dan ada dua tiga lagi kesilapan yang mengganggu mood membaca tapi taklah sampai merosakkan cerita. Secara kesimpulannya.. aku seronok membaca novel yang lain dari yang lain ini. Kalau nak tau baca sendiri. Dan nampaknya aku terpaksa mengikuti sambungannya jika hendak tau apa yang sebenarnya terjadi. Dan siapakah atuk misteri itu? Adakah dia Prof. Jauhar yang sudah tua? atau Ned yang menceritakan kembali pengalamannya? Atau... mungkin pasangan kepada Flora.. samaada pernah menjadi suami atau kekasih Flora nanti. Tak terjangkau dek akalku. Aku harap sambungan novel ini ada selitkan elemen-elemen percintaan juga. Wat cha.. hehe.
Novel ketiga.. jauh dari seberang. Laskar Pelangi oleh Andrea Hirata. Belum sudah lagi. Memang mengambil masa sebab otak aku lambat nak 'catch up' bahasa yang digunakan kerana teramatlah tinggi dan kebanyakkannya puitis. Kebanyakkan perumpamaan yang dibuat dalam bahasa yang indah-indah! Fuh.. setakat pembacaan aku sehingga kini, contoh yang boleh diberi apabila beliau menyamakan kebodohan itu dengan kabut-kabut di angkasa dan mengambil lebih dari satu muka surat untuk diceritakan tentang apa itu kebodohan. Kata-katanya juga mengundang emosi sedih, suka, duka dan sebagainya seperti aku pun turut sama merasai apa yang dialami ahli-ahli Laskar Pelangi. Novel ini banyak memberi keinsafan sedari mula lagi.. peristiwa hari pertama menjejak kaki ke sekolah meruntun-runtun perasaan. Huh, balik ni nak sambung baca lagi.
Dan novel terakhir, Confessions of A Shopaholic oleh Sophie Kinsella. Novel ini glamour. Bersambung-sambung. Ini siri yang pertama. Plastik pembalut belum di buka. Tak tau lagi apa yang dihidang. Nampak macam 'best'.
Mungkin.. 5, 6, 7 atau 8 hari lagi.. aku tak aktif disini. Tetapi itu tak bermakna aku tak mengikuti perkembangan bloger-bloger lain. Walaupun kat 'page' aku ni tiada link ke mana-mana blog lain.. tetapi aku selalu meng'explore' melalui 'Honey'.
Target
11 hours ago


8 comments:
aku tak nak baca post nie..sebab ade undur2 sinopsis cerita..taknakkkkkkkkkkk
Salam Ramadhan,
Terima kasih kerana sudi membaca dan mengulas "Transgenesis: Bisikan Rimba". Komen saudara diambil maklum untuk tujuan penambahbaikan. Apapun, insya-Allah sambungannya akan menemui pembaca pada awal 2009 nanti.
Mohon izin untuk mengulang siar ulasan saudara di blog saya.
hehe~ bz amat ko eh...
jeng... jeng... jeng.... aku plak akan meneruskan pembacaan aku seterusnya iaitu Transgenesis : Bisikan rimba....
Hihi.. sori En. Mogen, tp aku mmg tak tahan nak luahkan.. muah muah muah.
Wah! En. Kelana sudi melawat page aku. Terima kasih.
Ya Hanis.. bz yg amat. Lakonanku kan selalu mantap!! kuang kuang kuang.
tidakkkk..kau harus padam ape2 yang berkaitan dgn si sunan..arrrhhh..adakah aku akan terbang umpama rajawali semata2 inginkan secoretan karya..tidakkkk
Ye lah En. Mogen, nanti aku padam. (ala, tp ko dah baca jugak kan post aku ni!)
ji.. nie ape cite lebih lebih pasal wak sunan ni.. i belum habis baca lagi. tula pasalnye kat office uji tertunduk-tunduk je.. hehehe
Post a Comment